Uncategorized
Serantau Muslim agih keperluan asas kepada pelarian Syria, Lubnan
19 Jan 2024 – Baru-baru ini, Serantau Muslim telah membuat agihan keperluan pek makanan kepada pelarian-pelarian Syria dan Lubnan dalam kempen untukmusyria.com.
Rata-rata penerima keperluan tersebut ialah yang mendiami kem pelarian di sana.
Antara barang keperluan yang di pek dan di agih ialah beras, minyak masak, tepung, jem dan keperluan makanan asas lain.
Manakala di kem Abnaa Alref, Alaqaba, Alarze Alkhadra, Alokhowa 4, Alnaser dan Aqabet Alshaikh juga mereka diberikan makanan ruji beserta minyak diesel untuk menghangatkan badan mereka kerana ketka ni mereka masih berada dalam musim sejuk.
Banyak lagi kem-kem pelarian menerima agihan ini dan pihak Serantau Muslim akan ‘update’ informasi dari semasa ke semasa.
270