SELEPAS 12 TAHUN, BAGHDAD DILITUPI SALJI
Baghdad, 14 Feb – Buat pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun, ibu negara Iraq dilitupi salji susulan gelombang cuaca sejuk dari Eropah.
Penduduk tidak melepaskan peluang merakam gambar, malah anak-anak muda juga tidak ketinggalan bermain bola salji.
Jurucakap Pusat Meteorologi Iraq Amer al-Jaberi berkata, fenomena itu akan berlanjutan hingga Rabu.
Sementara itu, seorang penunjuk perasaan Aymen Ahmed teruja dan bersyukur dengan kehadiran salji, pagi kelmarin.
Kali terakhir salji turun di Baghdad pada 2008, tetapi tidak sebanyak ini.
Salji lebih kerap berlaku di utara Iraq, bandar Mosul yang dilanda perang.
Pada 2018, masalah kekurangan air kronik mencetuskan krisis kesihatan di tengah dan selatan Iraq.
Tetapi tahun berikutnya, hujan lebat dan banjir menyebabkan kematian dan kerosakan rumah dan tanaman.
Malah cuaca panas juga melanda utara yang mencetuskan kebakaran dan tanaman kering kontang.
Pakar meramalkan Iraq tidak mempunyai pembiayaan dan infrastruktur lengkap untuk menghadapi sebarang perubahan iklim.
Sumber: Harian Metro