“SAYA SANGKA SUDAH KIAMAT”- MANGSA TSUNAMI DI PALU
“SAYA SANGKA SUDAH KIAMAT“- MANGSA TSUNAMI DI PALU”
Oleh: Wartawan SERANTAU MUSLIM
PALU: Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) telah berjaya melaksanakan misi bantuan susulan kepada mangsa gempa bumi, tsunami dan liquidfaksi yang menimpa penduduk Palu pada 19 sehingga 22 Januari 2019.
Misi kali ini diketuai oleh Pengurus Besar SERANTAU MUSLIM, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, dan turut disertai oleh tiga orang kakitangan SERANTAU MUSLIM serta dua orang wakil dari Pertubuhan Kebajikan Ibnu Qayyim Malaysia (IQ MALAYSIA).
Sejumlah RM 130,000 hasil sumbangan korporat dan sumbangan orang ramai telah disampaikan dalam misi kali ini yang berupa bantuan pek makanan, pek kesihatan serta pembinaan tiga buah masjid dan pusat komuniti. Bantuan diagihkan ke kawasan yang sukar untuk menerima bantuan dan jauh dari bandar. Salah satu tempat yang dibantu adalah di Sigi dan Dongala di mana ia merupakan salah satu tempat perlindungan mangsa tsunami yang sangat memerlukan bantuan pada waktu ini.
Ustaz Mohd. Hakim yang ditemui semasa misi berkata, ” misi ini amat penting untuk dilaksanakan sebagai tanda prihatin dan simpati kita kepada rakyat Palu yang ditimpa musibah yang cukup dahsyat. Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyumbang terutamanya kepada pihak SINAR HARIAN yang bekerjasama dengan SERANTAU MUSLIM untuk mengumpul dana dari orang ramai. Kami masih lagi membuka peluang orang ramai untuk menderma melalui portal bantuankecemasan.com ataupun boleh masukkan teruskan dana ke akaun Maybank SERANTAU MUSLIM iaitu 5641-0042-1083”, kata Ustaz Mohd. Hakim.
Sementara itu, menurut Pak Budi Hariyanto yang ditemuramah di tempat kejadian, beliau menyifatkan kejadian yang mengorbankan empat orang anaknya itu sebagai kiamat kerana semuanya berlaku sekelip mata tanpa sempat dia melakukan sesuatu. Kejadian yang berlaku di depan matanya seolah sudah kiamat dan tiada lagi yang mampu dibuat ketika itu. “Cucu saya badan dan kepalanya terpisah dan saya sendiri mengeluarkannya selepas bencana”, kata Pak Budi sambil bergenang air mata”.
Tragedi Palu yang berlaku pada 28 September 2018 itu telah mencatat angka korban mencecah puluhan ribu orang serta menjejaskan ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal serta harta benda akibat bencana tsunami, liquidfaksi dan gempa bumi. SERANTAU MUSLIM ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib saudara serumpun ini, ayauhlah membantu mereka dengan melayari airmatasulawesi.com atau hubungi kami di 010-86599407.