Info Semasa
Puak Houthi lancar serangan hendap ke atas tentera Yemen, 23 maut
YEMEN: Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak Houthi di wilayah Lahj.
Serangan hendap dilancarkan ke atas tentera kerajaan mencetuskan peperangan sengit.
Serangan turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 tentera kerajaan cedera.
Pertempuran kali ini juga dilihat menjadi medan ujian selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba mengendurkan ketegangan dengan mengadakan rundingan damai bersama pemimpin kerajaan Yemen dan Puak Houthi.
Perang di Yemen telah meragut hampir 400,000 nyawa sejak ianya bermula pada 2014.
Beberapa siri rundingan juga telah diadakan namun gagal mencapai penyelesaian menyeluruh.
316