
PERTEMUAN DENGAN CONSUL GENERAL OF MALAYSIA IN SYRIA, DATUK DR. SAMIR ALKOUR
Delegasi Serantau Muslim telah mengadakan pertemuan dengan Consul General of Malaysia in Syria, Datuk Dr. Samir Alkour dalam misi kemanusiaan Bina Semula Syria. Pertemuan bersama beliau telah memberi pencerahan tentang perkembangan terkini Syria pasca pembebasan.
Pihak konsulat turut membantu menghubungkan kerjasama Serantau Muslim dengan kerajaan Syria serta agensi-agensi yang berkaitan bagi melancarkan usaha bantuan kemanusiaan yang sedang dijalankan.
Melalui pertemuan ini juga, pelbagai input penting telah dikongsikan dalam memastikan bantuan yang dilaksanakan mengikut keperluan semasa rakyat Syria. Mereka sangat mengalu-alukan usaha NGO dalam membantu membina semula Syria melalui misi-misi kemanusiaan yang dijalankan.


