Persidangan Meja Bulat “Minoriti Muslim di ASEAN Dilaksanakan
Persidangan Meja Bulat “Minoriti Muslim di ASEAN: Cabaran & Harapan” telah diadakan pada Sabtu lalu.
Program ini telah membincangkan isu-isu kritikal berkaitan nasib minoriti Muslim di rantau ASEAN, termasuk situasi di Myanmar, Thailand Selatan, dan Kemboja menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.
Persidangan ini ini telah dipengerusikan oleh Presiden MAPIM, Cikgu Azmi Abd Hamid, dan dihadiri oleh delegasi di beberapa buah negara minoriti Muslim yang telah membentangkan kertas kerja berkaitan umat Islam di negara masing-masing.
Serantau Muslim telah dihadiri oleh Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (B) Ustaz Hakim Mohd Nor dan Setiausaha, Muhammad Faeez Azahar.
Persidangan ini telah mengenalpasti cabaran umat Islam di Asean dan telah mencapai beberapa persetujuan langkah selanjutnya.
Ia tidak terhenti disini, perancangan akan diteruskan selepas ini dan akan melaksanakan beberapa gerakan dan tindakan besar dalam membela nasib umat Islam khususnya di negara-negara minoriti Muslim di Asean.