PERKEMBANGAN TERBARU PANGSAPURI DI SYRIA
8 November 2021: Sebelum ini Serantau Muslim giat membangunkan pangsapuri untuk rakyat Syria di Azzaz, Syria.
Pangsapuri ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memudahkan mereka di sana yang dihimpit dengan isu kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan dan berbumbungkan material yang lebih teguh berbanding khemah-khemah sebelum ini.
Terbaru, laporan yang Serantau Muslim terima, makin rancak pembinaan pangsapuri ini.
Alhamdulillah proses pembinaan pangsapuri ini hampir siap pembinaannya
Insha-Allah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang.
Di sini juga disertakan gambar terkini pembinaan pangsapuri untuk penduduk Syria di bawah kempen waqaf.my, Serantau Muslim.
Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan rumah untuk umat Islam di Syria ini dapat disiapkan dengan jayanya agar ia dapat dimanfaatkan diisi keluarga saudara Islam kita di sana.
Jika ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari www.serantaumuslim.org.my.