
Pembinaan Masjid Serantau Muslim di Azaz, Syria Berjalan Lancar
23 Feb 2022: Pembinaan Masjid Serantau Muslim di Azaz, Syria kini berjalan lancar.
Proses pembinaan masjid untuk saudara se-Islam kita di Syria telah merangkumi bumbung, dinding dan tiang-tiang.
Dengan izin-Nya masjid ini akan berjaya di siap dalam pertengahan tahun ini namun bergantung kepada keadaan semasa.
Masjid yang dibina di kawasan lapang ini dianggarkan dapat memuatkan ratusan jemaah pada satu-satu masa.
Di sini juga disertakan gambar terkini pembinaan masjid untuk umat Islam di sana.
Umum maklum, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, projek ini dijalankan di bawah kempen untukmusyria.com oleh Serantau Muslim.
Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan masjid ini dapat disiapkan secepat mungkin agar ia dapat dimanfaatkan saudara Islam kita di sana.
Jika ada di antara kita yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam projek wakaf seperti ini, layari untukmusyria.com atau layari www.serantaumuslim.org.my.






