Kenyataan Media

PEMBERONTAK RAKHINE TAWAN 31 TEBUSAN

YANGON, 16 Okt – Menurut pihak berkuasa, suspek pemberontak etnik Rakhine yang menyamar sebagai orang awam menyerbu sebuah bas di kawasan luar bandar Myanmar serta menawan 31 tebusan, kebanyakannya anggota bomba tidak bertugas dan pekerja binaan.

Akhbar kerajaan Global New Light of Myanmar berkata, bas itu yang dalam perjalanan dari ibu kota Rakhine di Sittwe ditahan seorang lelaki sebelum 18 pemberontak berpakaian sukan muncul dari hutan dan mengarahkan penumpang keluar sambil diacu senjata.

“Kami masih memburu mereka,” kata Kolonel Win Zaw Oo kepada AFP, menambah pemberontak mungkin tersilap menganggap anggota bomba sebagai askar.

Tentera Arakan (AA) yang berjuang mendapatkan autonomi lebih besar untuk etnik Buddha Rakhine gagal dihubungi.

Tentera Myanmar sudah mengerah ribuan askar ke negeri itu untuk cuba menyerang hendap pemberontak.

Sumber: Berita Harian