PEK IFTAR UNTUK PENDUDUK FILIPINA
30 April – Serantau Muslim telah mengedarkan pek iftar kepada mereka yang memerlukan di Marawi, Filipina sempena program tajaberbuka.com.
Dalam program tersebut, sebanyak 200 pek iftar telah diagihkan kepada penduduk di sana yang mana merupakan mangsa kepada tragedi berdarah Siege.
Program ini dijalankan bersama rakan kerjasama Serantau Muslim iaitu 1Ummah.
Serantau Muslim berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak penduduk di sana menjalani ibadah puasa.
Layari tajabeberbuka.com untuk maklumat lanjut.
345