PBB HANTAR TRAK BANTUAN KE SYRIA
HATAY – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar 65 trak bantuan kemanusiaan ke wilayah Idlib, barat laut Syria di mana jutaan orang memerlukan bantuan.
Agensi berita Anadolu melaporkan trak terbabit dilihat menyeberangi sempadan Cilvegozu di Hatay, selatan Turki, bersebelahan dengan Idlib.
Bantuan tersebut diagihkan kepada kelompok terjejas di Idlib dan kampung yang berdekatan.
Syria kini dibelenggu perang saudara sejak 2011 apabila rejim Bashar al Assad mengambil tindakan keras ke atas protes pro-demokrasi.
Ratusan ribu nyawa terbunuh dengan lebih 10 juta warga Syria menjadi pelarian, demikian menurut pegawai PBB.
Idlib menyaksikan beberapa kali pencabulan gencatan senjata sejak akhir 2018.
Ia kini menempatkan empat juta orang awam, termasuk ratusan ribuan yang hilang tempat tinggal akibat keganasan rejim.
Sumber: Berita AlHijrah