PANGSAPURI DI SYRIA HAMPIR SIAP
16 November 2021: Serantau Muslim yang sedang membangunkan pangsapuri untuk rakyat Syria di Azzaz, Syria kini dilihat semakin sampai ke akhir pembinaannya.
Insha-Allah Pangsapuri ini dapat memudahkan penduduk yang memerlukan di sana kelak.
Terkini, pangsapuri ini telah membangun dengan baik dan akan berjalan seperti yang dirancang.
Di sini juga disertakan gambar terkini pembinaan pangsapuri untuk penduduk Syria di bawah tajaan Serantau Muslim.
Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan rumah untuk umat Islam di Syria ini dapat disiapkan dengan jayanya agar ia dapat dimanfaatkan diisi keluarga saudara Islam kita di sana.
Jika ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari www.serantaumuslim.org.my atau yang ingin membuat sebarang sumbangan boleh ke Tabung Kemanusiaan Syria Serantau Muslim 5641-0042-3099 (Maybank).