PALESTIN DIIKTIRAF AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA
BAITULMAQDIS – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat apabila membenarkannya bergaung dengan pertubuhan itu sebagai anggota pemerhati.
Langkah itu telah mencetuskan kritikan rejim Zionis. Ketua IAEA, Yukiya Amano dan Duta Palestin ke Vienna, Salah Shafi telah menandatangani perjanjian dengan membenarkan pemeriksa IAEA menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas bahan radioaktif dan Uranium yang disimpan di Palestin.
Jurucakap Kementerian luar Israel. Emmanuel Nahshon berkata langkah IAEA itu adalah pelanggaran konvensyen antarabangsa.
“Ini adalah percubaan oleh Pihak Berkuasa Palestin untuk mengeksploitasi agensi itu bagi tujuan politik. “Israel tidak menolak langkah IAEA mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara,” katanya.
Perjanjian itu dijangka menimbulkan lagi ketegangan antara Israel dan Pihak Berkuasa Israel kerana Tel Aviv berpandangan wilayah dan sempadan negara Palestin sebagai tidak jelas.
Israel tidak pernah menandatangani Perjanjian Pengawal Senjata Nuklear (NPT) seperti didesak komuniti antarabangsa.Tel Aviv juga tidak pernah mendedahkan saiz senjata nuklearnya kepada umum.
Sumber: Sinar Harian