NGO Malaysia Adakan Sidang Meja Bulat Pasca Pembebasan Syria
Gabungan NGO-NGO Malaysia telah mengadakan sidang meja bulat bagi membincangkan hala tuju bantuan kemanusiaan untuk Syria. Mereka yang hadir ini adalah antara NGO terlibat secara aktif dalam menjalankan gerak kerjasa bantuan kemanusiaan di negara itu.
Pertemuan yang berlangsung di Shah Alam ini turut dihadiri oleh persatuan bekas pelajar Syria, rakyat Syria yang menetap di Malaysia, serta aktivis-aktivis kemanusiaan. Kehadiran pelbagai pihak ini telah memperkaya perbincangan dengan pandangan dan pengalaman dari pelbagai sudut.
Alhamdulillah, pertemuan ini telah membuka dimensi baharu dalam usaha bantuan kemanusiaan Malaysia untuk Syria. Ia membuktikan kesediaan semua pihak untuk bekerjasama dan bergerak seiring demi keberkesanan bantuan yang disalurkan.
Beberapa kata sepakat telah dicapai dalam pertemuan tersebut dan akan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan selepas ini. Hasrat kami hanya satu, mahu bina semula Syria, satu negara yang diberkati.
Serantau Muslim (SM) bertindak sebagai pemudahcara program ini, ia membuka lembaran baharu dalam usaha penyelarasan bantuan kemanusiaan yang lebih sistematik dan berkesan untuk Syria.