“MUSLIM DI INDIA BERADA DALAM KEADAAN SUKAR KERANA EMPAT SEBAB” – SM
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan isu perkauman di India sehingga membawa kepada kemudaratan kepada penduduk muslim di sana.
Susulan itu, Serantau Muslim (SM) melahirkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan majoriti penduduk di sana kerana bertindak kejam dan melakukan perbuatan khianat terhadap penduduk muslim.
Penduduk Islam dikatakan menjadi sasaran utama puak tidak bertanggungjawab negara terbabit kerana mereka telah memusnahkan harta benda penduduk muslim dengan membakar kediaman orang Islam tanpa rasa bersalah.
Kejadian itu juga dilihat begitu ekstrem sehingga ada cubaan merobohkan rumah ibadat rumah Islam, mencederakan imam masjid dan membakar bangunan serta kedai milik orang Islam.
SM difahamkan kini hampir 35 orang maut dan lebih 200 orang penduduk awam cedera dalam rusuhan yang berlangsung selama beberapa hari itu dan ia merupakan antara terburuk dalam tempoh beberapa dekad.
Ada dakwaan lain mengatakan penduduk muslim dihalau ke Bangladesh dan Pakistan kerana mereka tiada kad kewarganegaraan di India.
Di India, hampir 200 milion populasi penduduk tinggal di sana, namun muslim di sana hanya sekitar 14 peratus dari jumlah penduduk dan ia sangat menyukarkan keadaan mereka di sana kerana wujud dakwaan muslim di sana tidak berpeluang untuk menyewa rumah mahupun flat.
Mungkin kita tertanya-tanya kenapa hal ini berlaku? Pertama, disebabkan penduduk yang berwarganegara India tidak menyukai muslim kerana faktor makanan. Seperti umum tahu, muslim menjadikan daging lembu sebagai hidangan protein utama yang mana haiwan tersebut dianggap suci bagi majoriti penduduk, iaitu Hindu sehingga mereka menentang sekeras-kerasnya siapa yang makan daging tersebut.
Kedua, majoriti penduduk di sana menolak mereka yang sukakan jihad kerana pada pandangan mereka, muslim sukakan jihad. Malah pihak pentadbir di sana turut menganggap mereka yang sukakan jihad adalah pengganggu populasi penduduk di sana. Hal ini makin dibenci penduduk bukan Islam berikutan terdapat penduduk Hindu yang sanggup menukar agama mereka ke Islam sebelum pasangan tersebut mendirikan rumah tangga dengan orang Islam.
Ketiga, atas faktor sejarah lampau yang mana India pada sebelumnya dirakam dalam sejarah terdapat banyak masjid, bangunan yang berunsurkan keseniaan Islam, buku-buku dan sebagainya ke arah Islam sehinggakan pihak bukan Islam menukarkannya dan mengukuhkan ideologi mereka dengan menamakan semula semua yang berkait Islam dengan nama Hindu.
Keempat, mereka hanya mengutamakan penduduk beragama Hindu yang menyusup masuk dari Bangladesh, berbanding mereka yang beragama Islam kerana sehingga kini masih wujud tanda tanya sampai bila penduduk muslim dari Assam suatu ketika dulu akan mendapat kad kewarganegaraan negara tersebut.
Melalui rusuhan beberapa hari lalu juga jelas membuktikan kepada dunia keadaan umat Islam di sana makin terganggu keharmoniannya kerana keganasan tertumpu di kawasan kejiranan majoriti Islam seperti Maujpur, Mustafabad, Jaffrabad dan Shiv Vihar di timur laut Delhi.
Situasi tegang berkenaan meletus apabila negara yang ditadbir Perdana Menteri India, Narendra Modi telah mengeluarkan satu Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) pada Disember tahun lalu.
SM percaya masyarakat muslim berada dalam keadaan trauma dan berada dalam ketakutan akibat serangan keganasan itu.
SM melihat keadaan ini seolah-olah gambaran awal apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar suatu ketika dahulu, dan masalah tersebut masih tidak selesai hingga kini.
SM menyeru Narendra Modi bukan hanya bercakap untuk kembali mewujudkan keamanan di bandaraya berkenaan, malah harus ada tindakan sewajarnya dengan mewujudkan Undang-undang kerakyatan yang adil buat rakyatnya, bukannya berat sebelah. Hal ini penting dan perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan antara kaum di negara tersebut.
Dalam pada itu, SM menyokong tindakan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana telah mengeluarkan kenyataan berbentuk gesaan agar kerajaan di bawah pentadbiran Narendra Modi mengambil tindakan terhadap puak yang tidak bertanggungjawab itu.
Di samping itu juga, SM menyeru komuniti dunia dapat mengembalikan keamanan dengan menghayati agama orang lain dan menghormati mereka seadanya dan bukannya menolak tanpa fahaman yang benar kerana ia jelas membawa kepada masalah sejagat.
SM berharap komuniti dunia tidak duduk diam melihat keganasan, malah bangkit bersama-sama dengan memberi bantuan dalam apa jua bentuk sama ada emosi, fizikal dan spiritual agar muslim di India akan terus kuat meneruskan kehidupan.
Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengerusi Serantau Muslim
#peaceforarakan
#sendmelove
#serantaumuslim