WhatsApp Image 2024-02-27 at 9.58.03 AM (1)
Uncategorized

Mesir dirikan kem kedua untuk pelarian Palestin di Khan Younis

Mesir memulakan pembinaan kem kedua untuk pelarian dalaman di Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza, dengan kapasiti 400 khemah bagi menempatkan kira-kira 4,000 orang, dilengkapi bekalan elektrik dan tandas.

Laporan Berita Harian yang bersumberkan Al-Qahera News TV menyatakan bahawa pembinaan kem kedua akan diikuti hospital medan di bandar Rafah dan satu lagi kem di utara Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Mesir juga akan menubuhkan dua pusat pengedaran bantuan di Rafah, yang kini menjadi rumah kepada sejumlah besar penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Satu lagi sumber menyatakan baahwa kem kedua akan siap pada akhir minggu ini, sambil menambah ia adalah dalam rangka usaha Mesir untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Mesir, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Palestin, meneruskan kerjanya untuk menubuhkan kem kedua bagi pelarian di Khan Yunis.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Mesir, telah menyelesaikan fasa kedua Kem Mesir untuk menempatkan orang yang kehilangan tempat tinggal di kawasan Mawasi di Khan Yunis.

Sebanyak 139 khemah telah didirikan, menempatkan 139 keluarga,” menurut Bulan Sabit Merah Palestin.