
Majlis Sungkai Perdana & Solat Hajat SPM: Santuni Pelajar Asnaf di SMK Perempuan Likas
Alhamdulillah, Majlis Sungkai Perdana & Solat Hajat SPM 2025 di SMK Perempuan Likas telah berlangsung dengan penuh keberkatan.
Seramai 260 pelajar hadir dalam program ini, majoritinya daripada golongan asnaf, diraikan dengan juadah berbuka hasil tajaan melalui kempen Taja Berbuka. Selain berbuka puasa, program ini turut diisi dengan solat hajat khas untuk calon SPM 2025, memohon keberkatan dan kejayaan dalam peperiksaan yang ditempuh.
Di sebalik setiap hidangan yang dinikmati, ada keprihatinan para penyumbang yang ingin melihat generasi ini berjaya. Semoga usaha kecil ini memberi motivasi dan kekuatan buat mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menjayakan program ini. Doakan kejayaan mereka, kerana mereka adalah harapan masa depan!








