MADAD, KIUT masing-masing umum sumbangan RM100 ribu kepada pelarian Syria
Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Ustaz Tido Malaysia (KIUT) masing-masing mengumumkan sumbangan kepada dana bantuan musim sejuk Untukmu Syria.
Ustaz Yaakub Yusra dan Ustaz Tido mengumumkan ketika Majlis Pelancaran Dewan Orang Ramai Malaysia (D.O.R.M) di Kem Jasmin, Bekaa Lubnan semalam.
Sumbangan itu adalah sebagai menyahut seruan kebersamaan bagi membantu para pelarian Syria yang diuji ini.
Ustaz Yaakub berkata, antara yang beliau sangat idamkan ialah dapat membina sekolah buat pelarian Syria disini.
Katanya, pendidikan adalah adalah elemen terpenting bagi membina generasi yang berilmu seterusnya dapat berbakti kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Dalam pada itu, Ustaz Tido melahirkan rasa sangat hiba dan sedih melihat nasib anak-anak pelarian Syria di kem pelarian itu.
Nasib mereka itu mendorong kepada komitmen beliau untuk menyumbang kepada kempen bantuan Untukmu Syria.