WhatsApp Image 2023-07-27 at 3.16.12 PM
Info Semasa

Lagi penduduk Palestin dibunuh di Nablus

RAMALLAH – Tentera Israel menembak mati seorang lagi penduduk Palestin dalam serbuan di Nablus, Tebing Barat.

Pembunuhan itu berlaku 24 jam selepas tiga pemuda Palestin ditembak di kem al-Ain, lapor Sinar Harian.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan menyebut mangsa dikenali sebagai Mohammed Abd al-Hakim Nada.

“Mangsa yang berusia 23 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

“Dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” menurut kenyataan itu.

Ketegangan di Tebing Barat semakin memuncak sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan tentera Israel kerap melancarkan operasi waktu malam atau sebelum subuh yang mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Lebih 200 penduduk Palestin terbunuh sebahagian besarnya di Nablus akibat tindakan agresif tentera rejim sejak awal tahun ini. 

Dalam pada itu, sama-sama kita doakan agar mereka di sana terus berada dalam lindungan Allah SWT dan dijauhi dari perkara tidak diingini. Diharapkan kekejaman dan kezaliman yang wujud kini akan dibalas setimpal kepada pelakunya. Insha-Allah aamiin.