KUNJUNGAN HORMAT SERANTAU MUSLIM KE KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI ISTANBUL
Serantau Muslim telah mengadakan kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye. Delegasi Serantau Muslim iaitu Pengerusi, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor dan Setiausaha, Muhammad Faeez Azahar telah disambut oleh oleh Konsul, Ybhg Mardhiah Sabri.
Dalam pertemuan tersebut, Serantau Muslim membincangkan potensi kerjasama strategik antara NGO dan Konsulat Malaysia di Istanbul. Sebagai salah satu pusat NGO antarabangsa yang penting, Istanbul memainkan peranan kritikal dalam usaha bantuan kemanusiaan ke seluruh dunia, terutamanya ke Palestin dan Syria.
Kerjasama ini bakal membuka dimensi baharu dalam usaha bantuan kemanusiaan NGO Malaysia di peringkat antarabangsa, sekaligus mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Ini sejajar dengan hasrat untuk memperkukuhkan impak bantuan kemanusiaan Malaysia melalui pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu.
Semoga pertemuan ini membuka lembaran baharu dalam hubungan kerjasama yang lebih erat antara Serantau Muslim dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.