Info SemasaKenyataan Media

KERETA KEBAL ISRAEL SERANG GAZA

BAITULMAQDIS – Sasaran Hamas di Semenanjung Gaza ditumpaskan kereta kebal Israel, awal pagi Isnin lalu, yang juga tindak balas harian terhadap roket Palestin serta bom api udara, dilancarkan ke selatan Israel dan pertempuran di sempadan.

Tentera dalam kenyataan berkata, kereta kebal menyasarkan beberapa pos pemerhatian tentera dalam organisasi pengganas Hamas di Jalur Gaza, iaitu kumpulan Islam yang memerintah wilayah terbabit.

Katanya, selain serangan rentas sempadan dengan bahan peledak dan alat pembakar digantung pada belon, puluhan orang juga ‘mencetuskan rusuhan di sepanjang pagar keselamatan Jalur Gaza’, petang Isnin lalu.

Tidak ada laporan terkini berhubung kematian akibat serangan kereta kebal itu.

Insiden terbaharu berikutan ketegangan selama seminggu, termasuk pertempuran di sempadan dengan Israel juga menutup Kerem Shalom yang melintasi Jalur Gaza, manakala zon tangkapan pantai dibenarkan di Gaza, ditutup.

Jabatan bomba Israel di sempadan, melaporkan 28 kebakaran dan petani menjelaskan kerosakan teruk berpunca daripada ladang avokado.

Jabatan bomba dalam kenyataan petang Ahad lalu, berkata siasatannya mengenal pasti 149 kebakaran di selatan Israel, berpunca daripada belon dari Gaza, sejak 6 Ogos lalu.

Tentera Israel dalam kenyataan petang kelmarin, berkata ‘penunjuk perasaan Palestin membakar tayar, melemparkan alat letupan dan bom tangan ke arah pagar keselamatan dan berusaha mendekatinya’.

Ia disusuli serangan udara Isarel ke atas Hamas, termasuk kenyataan tentera yang menyifatkan ‘kawasan tentera digunakan untuk menyimpan peluru roket’.

Sumber: Berita Harian