KELENGKAPAN FRONTLINER DI 10 BUAH HOSPITAL TIBA DENGAN SELAMAT
29 April – Serantau Muslim telah berjaya mengagihkan sumbangan kelengkapan frontliners di 10 buah hospital yang terdapat di negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang pada Jumaat lalu.
Antara hospital yang terlibat dalam pemberian adalah seperti Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Hospital Permai, KPJ Pasir Gudang, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Tuanku Ja’far Seremban, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Sungai Buloh, Hospital Kajang, Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah), Hospital UIA Indera Mahkota, Kuantan Pahang.
Antara kelengkapan yang telah disampaikan ialah hand sanitizer, gaun ISO, sarung tangan, tudung sarung pakai buang dan apron untuk digunakan para doktor dan kakitangan perubatan hospital yang berkenaan .
Semoga semua barisan hadapan negara yang bertugas di Hospital dapat memanfaatkan segala keperluan berkenaan dan diberi kekuatan luar biasa untuk melakukan tugas dengan baik dan selamat.
Dalam kesempatan sama, wakil kesemua hospital merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang dan NGO Serantau Muslim kerana menyalurkan sumbangan ini.
Alhamdulillah.
Ayuh doakan semoga wabak COVID-19 dapat dirawat dan semua rakyat Malaysia sentiasa tenang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Sumber: Media Serantau Muslim