Aktiviti SMInfo Semasa
KEHADIRAN PASUKAN MISI SERANTAU MUSLIM DISAMBUT MERIAH
Kehadiran pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Untukmu Syria ke sebuah kem di sempadan Lubnan-Syria disambut meriah.
Satu majlis telah diadakan di Kem Jasmine, salah satu kem yang sering dibantu oleh Serantau Muslim.
Dalam majlis itu juga, Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Hakim Mohd Nor telah merasmikan Dewan Orang Ramai Malaysia (D.O.R.M), ia adalah merupakan one stop centre atau ruang informatif berkaitan gerak kerja Serantau Muslim serta NGO-NGO Malaysia yang lain turut menyampaikan bantuan disini.
Ruang ini juga menceritakan tentang sejarah kemelut yang dihadapi oleh Syria serta plan jangka masa pendek dan panjang bagi membantu pelarian Syria.
388