lan_1721054091
Info Semasa

Israel serang Gaza dari darat, laut dan udara

Israel menyerang Semenanjung Gaza dari udara, laut dan darat hari ini ketika perang di wilayah Palestin tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda, dengan Hamas memaklumkan penarikan diri daripada rundingan gencatan senjata.

Menurut wartawan dari laporan Berita Harian, peluru menghujani kawasan kejiranan Tal Al-Hawa, Sheikh Ajlin dan Al-Sabra di Gaza City, manakala saksi berkata tentera Israel membedil kawasan Al-Mughraqa dan pinggir utara kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Paramedik dari Bulan Sabit Merah Palestin berkata pasukannya mengeluarkan lima mayat termasuk tiga kanak-kanak selepas serangan udara Israel di kem Al-Maghazi, juga terletak di tengah Semenanjung Gaza.

Sementara itu, saksi melaporkan lsrael menyasarkan tembakan ke timur Khan Younis di selatan Gaza dan tembakan serta serangan helikopter Apache di kawasan barat bandar paling selatan, Rafah.

Tentera Israel dalam satu kenyataan, berkata pihaknya meneruskan serangan di seluruh wilayah pantai dan menyerbu Rafah serta tengah Gaza, mengorbankan ‘sebilangan’ pejuang Hamas.

Katanya, tentera laut menyasarkan tembakan di Gaza dan secara umumnya, keseluruhan Gaza sudang diserang Israel.

Pengeboman tanpa henti itu berlaku ketika prospek semakin berkurangan untuk gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan hamas.

Hamas, kumpulan pejuang Islam disokong Iran yang berperang dengan Israel di Gaza selama lebih sembilan bulan, semalam berkata pihaknya menarik diri daripada rundingan gencatan senjata.