WhatsApp Image 2024-01-30 at 4.39.40 PM (1)
Uncategorized

Israel mahu perluaskan perang sehingga ke sempadan Lubnan

Tentera Israel akan memperluaskan peperangan merangkumi wilayah berhampiran sempadan utara negara itu dengan Lubnan.

Dalam laporan Berita Harian, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyatakan bahawa tentera berhampiran sempadan Semenanjung Gaza sedang dikerahkan ke utara Israel.

“Mereka akan bertindak tidak lama lagi… oleh itu pasukan di utara diperkuatkan.

“Pasukan yang dekat dengan anda… sedang bergerak ke arah utara dan bersiap sedia untuk apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

Beliau menambah bahawa pasukan simpanan akan dilepaskan secara beransur-ansur bagi persediaan untuk menghadapi operasi masa depan.

Sejak meletusnya perang antara Palestin dan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, sempadan Lubnan-Israel menyaksikan pertempuran hampir setiap hari antara tentera Israel dan gerakan Hizbullah yang disokong Iran.

Hizbullah mengaku bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 12 serangan berhampiran sempadan dengan menggunakan peluru berpandu Falaq-1 dan Burkan buatan Iran.

Kelmarin, tentera Israel berkata ia melakukan serangan udara ke atas sasaran Hizbullah di Lubnan.

“Sasaran termasuk infrastruktur Hizbullah dan pos pemerhatian yang terletak di kawasan selatan Lubnan Markaba, Taybeh, dan Maroun al-Ras,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Tentera juga mengesahkan bahawa beberapa peluru dilancarkan dari Lubnan dan berkata pasukan ‘bertindak balas dengan menyasarkan tapak pelancaran dan lokasi lain di Lubnan’.

Ketua tentera Israel Herzi Halevi berkata pada awal bulan ini bahawa kemungkinan tercetusnya perang di sempadan utara menjadi ‘jauh lebih tinggi’.

“Saya tidak tahu bila perang di utara berlaku, saya boleh memberitahu anda bahawa kemungkinan ia berlaku dalam beberapa bulan akan datang adalah lebih tinggi sekarang berbanding masa lalu,” katanya.

Lebih 200 orang, kebanyakannya anggota Hizbullah, terbunuh di selatan Lubnan akibat tembakan Israel.

Di sempadan Israel, sembilan askar dan enam orang awam terbunuh, menurut pegawai Israel.

Sama-sama doakan agar segala agenda jahat laknatullah Israel serta sekutunya akan lenyap dan tidak berjaya. aamiin.