ISRAEL LEPASKAN GAS PEMEDIH MATA DI GAZA, BERPULUH CEDERA
RAMALLAH, 21 Okt. – Sekurang-kurangnya 69 orang cedera ketika ribuan penduduk Palestin menyertai tunjuk perasaan di sempadan Gaza kelmarin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, kebanyakan mangsa terkena peluru hidup selain mengalami sesak nafas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel.
Bantahan dikenali sebagai ‘Great March of Return’ itu telah memasuki minggu ke-79 sejak tercetus pada 30 Mac tahun lalu.
Sejak itu, seramai 334 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 32,000 lagi cedera.
Perhimpunan setiap Jumaat itu bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 13 tahun lalu.
Ia juga bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948.
Sumber: Sinar Harian