Gunung berapi Filipina meletus lagi
MANILA: Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat selamat susulan gunung berapi setinggi 600 kilometer di tenggara ibu negara Filipina memuntahkan debu, hari ini.
Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi letusan melibatkan gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, pukul 3.37 pagi tadi.
“Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera,” menurut institut itu.
5 Jun lalu, pihak berkuasa memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran selepas gunung berapi itu mengeluarkan kepulan asap setinggi satu km.
Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih dalam kategori ‘berbahaya’.
Institut itu menggesa orang ramai supaya menjauhkan diri daripada ‘zon bahaya’ sepanjang empat km dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan dekat dengan puncak gunung berapi.
Gunung berapi Bulusan merupakan antara satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina.
Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 km
Sumber: Utusan