GEMPA BUMI LANDA MINDANAO, FILIPINA
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada jam 8.45 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 134 kilometer (km) utara dari kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 98km.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
Sumber: Berita Harian
376