GEMPA BUMI 7.3 MAGNITUD LANDA PANTAI INDONESIA
JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 7.3 pada skala Richter melanda pantai wilayah Maluku, Indonesia pada awal pagi ini.
Menurut Pusat Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan, tiada laporan mengenai amaran tsunami, mahupun kemalangan jiwa atau kerosakan.
Gempa luar pesisir itu berlaku sekitar 3.25 pagi waktu tempatan (1825 GMT Rabu) dan melanda pada kedalaman 166 kilometer, kira-kira 120 kilometer timur laut bandar Lospalos.
Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik yang mengunjur dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.
Sumber: BH
468