Info Semasa
Gempa bumi 6.2 pada skala Richter landa utara Filipina
MANILA: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Cagayan di utara Filipina pagi Rabu, semalam.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina yang dipetik Berita Harian, gempa bumi pada 11.35 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 22 kilometer timur laut Dalupiri.
Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak menyebabkan kerosakan, menurut institut itu.
Kepulauan Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap susulan kedudukannya di sepanjang ‘Lingkaran Api Pasifik’.
410