Info Semasa
Bantuan makanan dan perubatan dari Serantau Muslim tiba di bumi Palestin!
Alhamdulillah, Sebanyak 200 pek makanan, telah diagihkan dalam misi bantuan kecemasan untuk Gaza baru baru ini.
Bantuan makanan ini telah berjaya dihantar ke bandar Gaza dan Khan Younes (Selatan Gaza).
Dalam masa yang sama, sebanyak 200 kotak bekalan perubatan juga telah selamat sampai di Darussalam Hospital (Khan Younes) dan Razi hospital yang berada di dalam kem Nuseirat di sempadan Gaza.
Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama Serantau Muslim dalam menghulurkan bantuan kepada saudara kita di sana.
Semoga penduduk bumi Palestin terus dilindungi daripada segala musibah dan diharapkan krisis kemanusiaan dapat berakhir suatu hari nanti.
414