BANDUAN MESIR DISEKSA, PIHAK BERKUASA MESIR LANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA DAN ANTARABANGSA
BEIRUT, 31 JULAI – Amnesty International menyatakan kira-kira 130 banduan Mesir melancarkan mogok lapar selama lebih enam minggu bagi membantah keadaan penjara yang teruk dan dilarang menerima lawatan keluarga.
Susulan itu, menurut kumpulan hak asasi itu, mereka mengadakan mogok lapar di penjara keselamatan maksimum Al-Aqran di selatan Kaherah setelah ditangkap lebih dua tahun lalu dan tidak dibenarkan menerima lawatan daripada keluarga atau peguam.
Mogok lapar yang dilancarkan sejak 17 Jun lalu menyebabkan pihak berkuasa membalas dendam dengan memukul banduan, mengenakan kejutan elektrik dengan senjata pegun.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Mesir mencabar ramai banduan.
Manakala Timbalan Amnesty bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Magdalena Mughrabi pula menyatakan keadaan pusat tahanan di sana sangat teruk dan larangan lawatan keluarga dan akses kepada peguam mencetuskan keadaan tidak dapat ditanggung tahanan.
Beliau berkata, dengan keengganan membenarkan tahanan bertemu keluarga, pihak berkuasa Mesir melanggar undang-undang negara dan antarabangsa secara terang-terangan dan menunjukkan kezaliman.
Dua anggota keluarga yang ditemubual Amnesty berkata, mereka mempunyai kebenaran daripada Pendakwaan Keselamatan Tertinggi Negara untuk melawat saudara yang ditahan tetapi pihak berkuasa tempatan enggan membenarkan mereka melakukan lawatan.
Sumber: Berita Harian