WhatsApp Image 2024-01-02 at 12.57.07 PM
Uncategorized

Ahli politik Thailand lulus draf perkahwinan sejenis

Ahli politik Thailand telah meluluskan empat draf undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis, sekali gus menyaksikan negara ini bakal ‘menghalalkan’ amalan songsang Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Dalam laporan Utusan, kumpulan aktivis hak asasi sebelum ini menyatakan institusi Perlembagaan dan undang-undang Thailand masih mengamalkan diskriminasi terhadap golongan tersebut.

Seramai 371 ahli politik dalam Parlimen Thailand mengundi untuk meluluskan draf tersebut dan dijangka dibahaskan pada tahun depan.

Pada tahun lalu, Parlimen berbahas mengenai draf undang-undang yang sama, namun tidak melakukan pengundian sebelum sesi bahas berakhir.

Secara prinsipnya, draf undang-undang ini adalah untuk meminda beberapa peruntukan dalam kod sivik untuk membuka jalan kepada pasangan kekasih, tanpa mengira jantina mereka, untuk bertunang dan berkahwin.

“Ini akan memberikan hak, tanggungjawab dan status keluarga setaraf dengan perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada masa ini dalam semua aspek,” kata Timbalan Perdana Menteri Somsak Thepsuthin.

Menurut Somsak, tinjauan kerajaan yang dilakukan antara 31 oktober dan 14 November lalu menunjukkan 96.6 peratus orang awam menyokong draf undang-undang tersebut.

Jika draf undang-undang itu mendapat perkenan diraja dan dikuatkuasa, Thailand bakal menjadi negara ketiga di Asia selepas Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.