WhatsApp Image 2023-07-20 at 4.15.25 PM (1)
Info Semasa

9,000 pesakit kanser di Gaza kekurangan ubat

GAZA: Lebih 9,000 pesakit kanser di Semenanjung Gaza berdepan risiko kehilangan nyawa berikutan kekurangan kekurangan peralatan perubatan dan ubat.

Ketua Pengarah Pusat Kanser Gaza, Subhi Skaik, berkata pesakit kanser di Semenanjung Gaza juga mengalami kekurangan keupayaan diagnostik dan rawatan serta berlaku peningkatan jumlah pesakit kanser dalam kalangan penduduk, lapor Berita Harian.

“Selain itu, pesakit juga kekurangan akses kepada radioterapi dan perubatan nuklear yang menggunakan bahan radioaktif untuk diagnosis,” katanya.

Beliau menjelaskan, tumor adalah yang paling tinggi dicatatkan, memetik data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyakit kanser di Semenanjung Gaza mencecah 91.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021 dan diunjurkan meningkat dua kali ganda menjelang 2040.

Kadar kematian kanser semasa pula sebanyak 12.5 peratus.

Sekatan perjalanan oleh Israel terus menghalang mereka daripada mengakses rawatan menyelamatkan nyawa di Tebing Barat atau Baitulmaqdis Timur.

Justeru, pegawai kesihatan menggesa masyarakat antarabangsa dan pihak berkuasa yang berkenaan untuk campur tangan segera bagi menyelamatkan nyawa pesakit kanser itu.

Sejak 2007, kira-kira dua juta rakyat Palestin yang tinggal di kawasan pesisir pantai berada di bawah sekatan Israel selepas Pergerakan Penentangan Islam (HAMAS) menguasai wilayah itu.