Screenshot 2024-07-19 113927
Info Semasa

90 peratus penduduk di Gaza terpaksa berpindah sejak Oktober 2023 – UNICEF

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), berkata bahawa 90 peratus penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa berpindah sejak Oktober 2023.

Menurut lapoan Berita Harian yang memetik kenyataan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), kebanyakan mereka adalah kanak-kanak.

“Tempat-tempat di mana orang ramai terpaksa berpindah kekurangan keperluan asas dan keselamatan”.

“UNICEF terus menyeru supaya semua permusuhan dihentikan dan gencatan senjata yang berkekalan.”

Sebelum ini, UNICEF berkata, berkata 90 peratus kanak-kanak di Gaza tidak mendapat makanan berzat secukupnya untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan sihat mereka.

“Di Semenanjung Gaza, berbulan-bulan permusuhan dan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan meruntuhkan sistem makanan serta kesihatan, membawa malapetaka kepada kanak-kanak dan keluarga mereka,” kata UNICEF.

Menurutnya, lima set data yang dikumpul antara Disember 2023 dan April 2024 mendapati sembilan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza makan hanya sekali sehari atau berlapar.

Wilayah yang dihentam serangan Israel sejak 7 Oktober lalu itu kini terjerumus dalam kancah kemiskinan, dengan semua penghantaran bantuan kemanusiaan disekat regim Zionis yang mengepung kawasan itu.

“Ini adalah bukti kesan mengerikan konflik dan sekatan terhadap keupayaan keluarga untuk memenuhi keperluan makanan kanak-kanak dan betapa cepat ia meningkatkan risiko kanak-kanak kekurangan zat makanan hingga mengancam nyawa,” kata UNICEF.