CHINA NAFI ETNIK UIGHUR DITINDAS
Menurut kumpulan hak asasi manusia dan jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai sejuta penduduk etnik Uighur Islam diseksa dan dipaksa menjadi buruh.
Sebelum ini, kumpulan hak asasi manusia juga mendakwa penduduk etnik Uighur dan minoriti Islam lain ditahan di kem tahanan di wilayah Xinjiang.
China bagaimanapun mempertahankan pusat tahanan itu dengan mendakwa ia diperlukan untuk membendung pandangan kumpulan pelampau.
Beijing juga mendakwa kem tahanan itu berperanan sebagai pusat latihan vokasional yang membantu menangani kemiskinan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Seorang penyelidik kanan di Pusat Soufan yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Colin Clarke berkata, dasar China di Xinjiang mempengaruhi cara rakyat negara itu melihat penduduk Islam.
“Saya tidak yakin China berusaha untuk mencapai perpaduan sosial. Mereka menghantar penduduk etnik dan agama minoriti ke kem tahanan dan menindas hak asasi mereka,” katanya.
Selain di Xinjiang, komuniti Islam lain juga berdepan pelbagai sekatan seperi penduduk etnik Hui dan Dongxiang dilarang mempelajari bahasa Arab.
Sumber: Utusan