ed2f8961-a995-4064-a29a-e3f61337e88e.jpg
Info Semasa

Banjir Pakistan antara tragedi iklim terbesar abad ini

ISLAMABAD – Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman pada Rabu berkata, bahawa banjir yang melanda negara itu adalah antara tragedi iklim terbesar yang pernah disaksikan dunia abad ini.

Banjir itu telah mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta lagi.

“Misi menyelamat telah dihentikan, tetapi operasi bantuan itu adalah paling lama pernah dilihat oleh mana-mana negara,” kata menteri iklim itu.

Dianggarkan 20.6 juta orang masih memerlukan bantuan.

Beliau berkata, bahawa banjir telah menyebabkan nilai kerosakan lebih US$40 bilion seperti dianggarkan oleh Bank Dunia, dibimbangi kerugian dan kerosakan sebenar adalah lebih tinggi daripada anggaran serta meningkat mengikut peredaran masa, lapor Xinhua.

‘Air termenung’ yang membanjiri 11 daerah di selatan Sindh dan wilayah Balochistan menjadikan misi bantuan kemanusiaan sebagai suatu cabaran besar, kata Rehman.

Lebih 4 juta hektar tanaman rosak dan ditenggelami air hingga mengakibatkan 14.6 juta orang berdepan krisis makanan dan pertanian, kata menteri itu.

Hasil eksport Pakistan hampir musnah, malah negara itu perlu mengimport makanan selepas banjir.

Rehman berkata 15.4 juta lagi penduduk di Pakistan dijangka berada di bawah paras kemiskinan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sumber: BH