
Al-Quran di Filipina selamat diagih
Serantau Muslim telah bekerjasama dengan WAMY Filipina untuk agihan sebanyak 1,000 naskah Al-Quran kepada yang memerlukan.
Agihan tersebut dijalankan secara berperingkat dan untuk agihan pertama, ia telah diagihkan di beberapa kawasan iaitu di daerah Matanog; Maguindanao Del Norte dan Poona Piagapo, Lanao Del Norte.
Buat makluman umum, Warisan Ummah Ikhlas Foundation telah menyerahkan 1,000 naskah Al-Quran dan diamanatkan untuk yang memerlukan.






Justeru, Serantau Muslim telah mengambil langkah proaktif dengan menghantar jumlah Al-Quran tersebut melalui sistem pengeposan dan telah sampai dengan selamat kepada pihak WAMY Filipina pada pertengahan bulan Januari.
Serantau Muslim berharap agihan ini memberi manfaat dan kebaikan buat penerima. Insha-Allah.