Aktiviti SM

AGIHAN KERUSI TELAH SAMPAI KE TANGAN PENERIMA DAN KUOTA MASIH BERBAKI

Serantau Muslim pada tahun 2021 telah membuat sedikit kelainan yang mana telah menghantar kerusi roda kepada penerima yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Terkini, penerima daripada negeri Melaka dan Kelantan telah menerima bantuan kerusi roda ini.

Antara sebab pemohon sangat memerlukan keperluan ini ialah rata-rata pemohon terdiri daripada warga emas dan ingin memudahkan urusan seharian misalnya ke pusat kesihatan dan ada juga yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).

Penerima dari Kelantan yang berada dalam kategori OKU

Bagi agihan ini, Serantau Muslim masih lagi mempunyai lebihan kuota untuk mereka yang memerlukan.

Para pemohon boleh membuat permohonan untuk mendapatkan kerusi roda ini melalui laman sesawang berikut https://donate.serantaumuslim.org.my/order/form/permohonankerusiroda dan pemohon hendaklah melepasi syarat-syarat yang dinyatakan.

Layari https://donate.serantaumuslim.org.my/order/form/permohonankerusiroda

Dalam pada itu, Serantau Muslim berharap semua usaha yang dijalankan ini dapat memberi 1001 manfaat kepada penerima dan didoakan mereka yang kurang bernasib baik sentiasa berada dalam rahmat Illahi.

Untuk maklumat lanjut, layari www. serantaumuslim.org.my.