WhatsApp Image 2025-03-18 at 09.38.32
Aktiviti SMInfo SemasaUncategorized @ms

Agihan Bantuan Kerusi Roda di Taman Seri Kemendor, Jasin Melaka

Jasin, Melaka, 17 Mac 2025 – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Serantau Muslim untuk meringankan beban warga emas dan mereka yang memerlukan, dua buah kerusi roda telah diserahkan kepada penerima di Taman Seri Kemendor, Jasin, Melaka. Program bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran dalam mobiliti akibat masalah kesihatan.

Penerima pertama, Mohamad Bin Md Deni, seorang warga emas yang menghidap penyakit prostat dan kencing manis, menerima kerusi roda sebagai bantuan untuk memudahkan pergerakannya sehari-hari. Mohamad, yang sebelum ini bergantung kepada bantuan ahli keluarga untuk bergerak, kini sedikit sebanyak dapat memudahkan aktiviti sehariannya.

Penerima kedua, Sariah Binti Sapar, yang menghidap masalah sakit saraf, turut menerima kerusi roda yang sangat diperlukan untuk membantu pergerakannya. Sariah menyatakan bahawa kerusi roda ini memberi harapan baru bagi dirinya untuk bergerak dengan lebih mudah dan mengurangkan kesulitan yang dialaminya akibat sakit saraf.

Penyerahan kerusi roda ini berlangsung dengan penuh kesederhanaan, dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Serantau Muslim, pelajar latihan industri dan Tuan Haji Idzham bagi menyampaikan bantuan kepada penerima.

Diharapkan dengan agihan bantuan ini, penerima dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat dimanfaatkan sebaiknya.