Info SemasaKenyataan Media

88 MAUT TAUFAN AMPHAN DI BANGLADESH DAN INDIA

SATKHIRA – India dan Bangladesh, semalam memulakan pembersihan besar-besaran selepas negara itu dibadai taufan paling dahsyat sejak 1999 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 88 orang dan memusnahkan harta benda.

Taufan Amphan itu menyebabkan kerosakan rumah, pokok tumbang, melayangkan bumbung dan merobohkan tiang elektrik, manakala ribut di kawasan pesisir turut menghancurkan ladang udang yang penting untuk kegiatan ekonomi penduduk tempatan.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangladesh, menganggarkan 10 juta orang terjejas, dan kira-kira 500,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Tetapi jumlah kematian jauh lebih rendah daripada angka korban dalam taufan sebelumnya.

Bencana itu juga menimbulkan ketakutan, dengan kepadatan penduduk di tempat perlindungan akan berpotensi bagi penyebaran wabak COVID-19.

Benggala Barat India melaporkan 72 kematian termasuk 15 orang di ibu kota, Kolkata – dengan Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee mengatakan: “Saya belum pernah melihat bencana sebesar ini.”

“Ini adalah taufan terburuk yang melanda negara sejak tahun 1737 menyebabkan ribuan orang kehilangan nyawa,” katanya kepada wartawan.

Mengikut angka rasmi, di Bangladesh dilaporkan 16 orang mati terkorban.

Sumber: Berita Harian