250 KELUARGA PELARIAN SYRIA MENERIMA TILAM DAN SELIMUT
Serantau Muslim berjaya menyampaikan tilam dan selimut buat pelarian Syria yang berada di kem Tal Abbas, Akkar di bahagian Selatan Lebanon, bersebelah sempadan Syria.
Dalam agihan ini, setiap keluarga menerima dua set selimut dan tilam untuk kegunaan mereka seharian.
Dianggarkan sebanyak 250 keluarga telah mendapat manfaat daripada agihan kali ini.
Serantau Muslim berharap bantuan yang diterima ini menjadi asbab untuk semua pelarian menjadi khairunnas dan orang-orang yang sentiasa berbuat kebaikan di jalan ALLAH. InshaALLAH.
Dalam masa yang sama, Serantau Muslim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang kerana bersama Serantau Muslim dalam agihan ini tanpa mengira masa kerana matlamat kami adalah untuk menyantuni Islam minoriti yang memerlukan di negara Asia termasuk Syria dan Palestin.
#Sedekah #SerantauMuslim