2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Aktiviti SM

TAJABERBUKA: Agihan Bakul Makanan

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”TajaBerbuka: Agihan Bakul Makanan” font_container=”tag:h1|text_align:center|color:%237aa1d3″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kuniaannnya, pada 10 Jun 2018, Serantau Muslim telah mengadakan  Majlis Agihan Bakul Makanan yang bertujuan untuk memberi bantuan dari segi keperluan bahan mentah dengan kuantiti selama sebulan kepada anak yatim dan etnik Rohingya yang bersekolah di Knowledge Garden Learning Centre School (KGLC), kelolaan Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA) di Serdang, Selangor.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_gallery interval=”3″ images=”1822,1823″ img_size=”large”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Majlis ini adalah kerjasama antara Serantau Muslim dengan UK Islamic Mission Welfare Organisation (UKIM) untuk membantu meringankan beban anak-anak yatim serta keluarga ini. Seramai 60 orang pelajar dari  Knowledge Garden Learning Centre School (KGLC) yang tediri 16 pelajar dari golongan anak yatim dan selebihnya etnik rohingya. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Dr. Hajah Siti Mariah bt. Mahmud dan Dr. Muhammad Azrin bin Omar selaku Timbalan Pengerusi Serantau Muslim.                              

              Seawal 8.00 pagi, segala persiapan dibuat dengan menyiapkan semua kelengkapan seperti menyusun kerusi, meletakkan barang-barang dalam bakul yang telah dibeli, PA system dan sebagainya.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_gallery interval=”3″ images=”1824,1825,1826″ img_size=”large”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Seterusnya, pada jam 9.30 pagi, majlis bermula dengan bacaan doa, kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis, Pengurus Besar, wakil etnik Rohingya, Dr. Muhammad Azrin bin Omar, dan YB Dr. Hajah Siti Mariah bt. Mahmud dan sekali gus merasmikan majlis dengan menandatangani sticker yang telah tampal di beras sebagai tanda perasmian dengan memberi bakul makanan serta beras kepada anak-anak Rohingya dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.

            Selain itu, satu liputan media diadakan bersama YB Dr. Hajah Siti Mariah bt. Mahmud mengenai isu pemindahan etnik Rohingya dari tempat penempatan yang sedia ada ke tempat baru yang ditawarkan pihak MPSJ lebih selesa untuk dijadikan sekolah sementara.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_video link=”https://youtu.be/3Fc5z1DcD4U” align=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Harapan kami agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat membantu dan prihatin terhadap saudara-saudara kita di negara ini yang lebih memerlukan pada masa akan datang. Doakan kami terus kuat semangat untuk melaksanakan program kebajikan di serata negara asean ini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]