2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA @ KEMBOJA

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya mengadakan program tajaberbuka di Veal Khmum, Tbong Khmum, Cambodia selama 3 hari 2 malam. Antara wakil SM yang terlibat dalam program tajaberbuka di Kemboja ialah Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor (Pengurus Besar SM), Siti Zulaikha Aiyub (Pengurus Pemasaran) dan Fazidatul A’in Ramli (Eksekutif Jualan).

 

Program tajaberbuka di Kemboja ini dijalankan pada 6 hingga 8 Mei. Misi ini bertujuan menyampaikan bantuan pek makanan kepada penduduk muslim tempatan serta menyantuni penduduk tempatan di Kemboja.

 

Melalui misi ini, sebanyak 300 bakul makanan dan 1250 pek makanan iftar telah diperuntukan untuk penduduk yang memerlukan di sana. Barangan yang diagihkan berupa juadah berbuka puasa (Pek Makanan Iftar) dan Pek Bakul Makanan Mentah yang berupa beras, gula, sirap, mee dan teh.

 

Program tajaberbuka di Kemboja kali ini juga telah mendapat kerjasama dari Cambodian Muslim Foundation.

 

Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di Kemboja sahaja malah SM komited bersama-sama 13 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka.

 

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 9 Mei 19, 12:30 tengah hari