2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA KAMPUNG TG. LABIAN, LAHAD DATU, SABAH

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya mengadakan program tajaberbuka di Kampung Tg. Labian, Lahad Datu, Sabah pada 19 Mei hingga 21 Mei 2019 lalu. Dalam program tajaberbuka di Sabah ini, SM telah mendapat kerjasama daripada pasukan program Jelajah Ramadan (JR) RTM laluan 4 di Sabah yang diketuai oleh Penyelaras Program Serantau Muslim Sabah, Tuan Haji Idzham Hadi Sidik.

Peruntukan berjumlah RM3,000 telah disalurkan kepada pihak Jelajah Ramadhan RTM. Peruntukan yang berbentuk wang tunai serta barangan keperluan harian itu telah diagihkan kepada penduduk memerlukan di Sabah. Seramai 57 orang asnaf yang mendapat bantuan dari program tajaberbuka ini.

Kerjasama ini juga melibatkan JR Sabah fm, JR Tawaufm, Ketua Penolong Pengarah (Penerbitan TV) Cik Narry Lako di RTM Kota Kinabalu dan Pemaju Mukim Tg Labian, Lahad Datu, Roslan Abdul Hamid.

Untuk rekod, lokasi tajaberbuka di Kampung Tg. Labian ini pernah diserang dan terlibat dalam pencerobohan Tanduo pada tahun 2013.

Dalam pada itu, bantuan tajaberbuka ini mensasarkan sejumlah 65,000 penerima di Asia Tenggara serta negara yang dilanda masalah supaya mereka sama-sama dapat menikmati juadah berbuka puasa dan keperluan bahan mentah di bulan Ramadhan.

Program yang mendapat sumbangan orang ramai ini telah berjaya diagihkan kepada golongan asnaf seluruh dunia termasuk Syria dan Palestin, dan untuk agihan sumbangan di kepulauan Borneo, negeri Sabah telah dipilih.


Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di sini sahaja malah SM komited bersama-sama 14 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka. Sumbangan boleh dibuat dengan serendah RM10 sahaja
.

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 21 Mei 19, 02:55 petang