2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA DI POSKO PENGUNGSIAN POSIVINTI BIROMARU SULAWESI TENGAH, INDONESIA

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya mengadakan program Tajaberbuka di Posko Pengungsian Posivinti Biromaru Sulawesi Tengah, Indonesia pada 19 Mei 2019 lalu. Dalam program Tajaberbuka di Palu ini, Encik Said Aldi Al-Idrus yang mengetuai NGO Badan Komunikasi Pemuda Remaja Masjid Indonesia (DPP BKPRMI) telah bekerjasama dengan SM bagi menyempurnakan penyampaian bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

 

Selain DPP BKPRMI, Pak Camat dari BUPATI (Ketua Daerah) turut terlibat dalam menjayakan program tajaberbuka.com di Palu, Indonesia.

 

Dalam pada itu, program Tajaberbuka ini dijalankan di lokasi yang selalu dihujani gempa bumi dan bencana alam ini telah berjaya menyantuni seramai 450 orang individu untuk pek iftar dan sebanyak 150 unit bakul makanan mengandungi beras, gula, sirap dan duit buat keluarga yang layak.

 

Bantuan tajaberbuka ini merangkumi penduduk yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim/piatu, ibu tunggal, miskin, dan muallaf.

 

Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di sini sahaja malah SM komited bersama-sama 14 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka.

 

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 21 Mei 19, 12:00 tengah hari