2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA DI BANTEN

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya mengadakan program Tajaberbuka di Masjid Al-Hidayah, Banten Indonesia pada 15 Mei 2019 yang lalu.

 

Dalam program Tajaberbuka di Banten ini, SM telah bekerjasama dengan pihak DPP BKPRMI Badan Komunikasi Pemuda Remaja Masjid Indonesia yang diterajui oleh Said Aldi Al-Idrus bagi menyempurnakan penyampaian bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

 

Program Tajaberbuka din Banten ini bertujuan memberi bantuan kepada asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan muallaf yang terdapat di kawasan sekitar.

 

Sebanyak 100 unit pek makanan yang mengandungi 5kg beras, 1kg gula, sirap dan duit telah diagihkan kepada mereka. Manakala sebanyak 250 pek iftar telah dimanfaatkan oleh penduduk memerlukan di sana untuk berbuka puasa.

 

Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di sini sahaja malah SM komited bersama-sama 14 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka.

 

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 17 Mei 19, 03:30 petang