2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA.COM MENJALANKAN MISI KE KEM PELARIAN SYRIA, PALESTIN DI LUBNAN DAN JORDAN

Kuala Lumpur, 16 Mei: Wakil Serantau Muslim (SM) telah berlepas dari KLIA ke kem pelarian Syria, Palestin di Lubnan dan Jordan untuk menjalankan misi utama tajaberbuka.com.

 

SM yang diwakili oleh Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Pengurus Besar SM dan Mohd Faeez Azahar, ahli jawatankuasa SM bersama-sama Dr. Taufiq Razif dan dua orang wakil media dari TV Al-Hijrah telah berangkat ke kem pelarian pada jam 9 malam tadi.

 

Misi yang dijalankan selama tujuh hari itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, YBhg. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus di pintu pelepasan KLIA.

 

Dalam perkembangan berkaitan, SM masih memerlukan lebih banyak lagi sumbangan orang ramai untuk membantu pelarian yang tertindas di negara-negara bergolak seperti Syria.

 

“SM letak sasaran kepada orang ramai untuk membantu pelarian muslim Syria juga muslim minoriti negara ASEAN lain untuk 10,000 pek makanan yang mana satu pek makanan untuk sebuah keluarga berjumlah RM100. Setakat ini, kami (SM) masih menunggu sumbangan orang ramai melalui kempen tajaberbuka.com” Ustaz Mohd Hakim, Pengurus Besar SM.

 

SM juga meletakkan tujuan misi ini untuk meninjau keadaan negara di sana bagi membangunkan beberapa projek seperti tapak untuk pendidikan bukan hanya terikat kepada pengagihkan bantuan pek makanan dan pek iftar untuk berbuka puasa.

 

Sementara itu, SM turut menyatakan nilai bantuan dalam misi utama ini bernilai RM200,000 dan meletakkan keseluruhan kempen tajaberbuka.com di Syria sebanyak 1 juta.

 

Dalam kesempatan sama, pihak SM juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan kempen tajaberbuka.com.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, rakan-rakan NGO dan semua mereka yang membantu” tambah beliau lagi.

 

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Dai’ Afiqah selaku Duta Serantau Muslim dan Dr. Mohd Azrin Omar, Timbalan Pengerusi SM.