2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

TAJABERBUKA DI DAR PAING, SITTWE, ARAKAN, MYANMAR

SERANTAU MUSLIM (SM) telah berjaya mengadakan program Tajaberbuka di Dar Paing, Sittwe, Arakan pada 12 Mei 2019 yang lalu. Dalam program Tajaberbuka di Arakan, Myanmar ini, pihak SM telah berjaya mendapat kerjasama dari orang tempatan yang mana mereka mempunyai akses untuk masuk ke kem pelarian di Arakan, Myanmar sekali gus telah menyempurnakan penyampaian bantuan kepada pelarian yang memerlukan.

 

Program Tajaberbuka yang dijalankan sehari ini bertujuan memberi bantuan kepada muslim Rohingya yang tertindas dan daif di kem pelarian di Arakan, Myanmar.

 

Program Tajaberbuka di Arakan ini telah berjaya membantu seramai 400 hingga 500 individu untuk berbuka puasa dengan agihan pek iftar dan sebanyak 200 bakul makanan yang berisi bahan mentah telah dimanfaatkan oleh ahli keluarga di sana.

 

Buat makluman pembaca sekalian, program tajaberbuka dibawah kelolaan SM ini tidak akan terhenti di sini sahaja malah SM komited bersama-sama 14 buah negara lagi bagi membantu penduduk Islam yang terdiri daripada golongan asnaf mana mereka memerlukan bantuan bagi meringankan kehidupan mereka.

 

[Layari tajaberbuka.com atau terus masukkan sumbangan anda ke akaun bank 5641 0042 1083 Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim]

 

 

 

 

Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah 21 Mei 19, 11:45 pagi