TAJABERBUKA 2020: SM TAJA 50, 000 PEK MAKANAN PADA 10 MALAM TERAHIR RAMADAN DI SYRIA
27 Mei – Serantau Muslim meneruskan aktiviti pengagihan barangan keperluan berupa bantuan pek makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Kem-kem Pelarian Syria.
Gambar-gambar dibawah diambil semasa pengagihan dijalankan di kem-kem berkenaan.
Pihak Serantau Muslim juga sentiasa menjaga rapi para petugas semasa mengagihkan bantuan dengan kelengakapan perlindungan diri (PPE) agar para petugas tidak terdedah dengan wabak COVID-19.
Sebanyak 102 keluarga telah diberikan sumbangan di Kem Ar – Rahma dan Rumah-rumah Pelarian Syria. Alhamdulillah.
Untuk makluman, tajaberbuka.com ini telah dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang bulan Ramadhan dan akan berakhir pada hari esok. .
Serantau Muslim mendoakan semoga segala usaha ini akan diberkati. Insha Allah.
Untuk itu juga, orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh layari tajaberbuka.com untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.